i
SK.Sungai Dua
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
NBA 5009
06-4348797




 
 

Mutiara Hadis Qudsi

Allah telah berfirman:

"Wahai sekalian manusia!Bertakwalah kepada Tuhan kamu (bermula) dari yang satu (Adam),dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang mengerakkan daripada kedua-duanya-zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai.Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya,serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati(mengawas)kamu.."


          Surah an-Nisa: 1

 

Panatia
Program Mentor Mentee
Tempat : Makmal
Tarikh :
Masa :
Anjuran :
   
Program Kelas Tambahan
Tempat : Kelas Tahun 6
Tarikh : 14 - 19/3/2005
Masa : 8.00 a.m - 4.00 p.m
Anjuran : Peningkatan Akademik Tahun 6
 
Laman Pendidikan
Portal Pendidikan
Cikgunet
Pusat Perkembangan Kurikulum
 
Bakti & Sumbangan
TABUNG KEWANGAN PIBG

Pihak kami memerlukan sumbangan kewangan untuk membantu PEMBINAAN SURAU SEKOLAH.Sumbangan boleh dimasukkan ke akuan Bank MALAYAN BANKING BERHAD
Cawangan Gemencheh, No. 155096132519 diatas nama PIBG SEK KEB SG DUA.Sumbangan ini juga boleh dihantar melalui Kiriman Wang atau Wang Pos dan Cek diatas nama Bendahari PIBG SK Sungai Dua . Poskan ke alamat SK.Sungai Dua 73200 Gemencheh.Negeri Sembilan.
06-4348797 /4349689.

 

Artikel
Artikel Tafsir
 

 

Artikel Pilihan
   
Kisah dan Tauladan
   
Pedoman
 
Karya Pelajar
 
Buliten ICT
 
Laman Akhbar

Malaysiakini

  The Star
Berita Harian
  Bernama
Utusan Malaysia
 
Pautan Universiti Tempatan
Universiti Terbuka Malaysia
   
Universiti Malaya
   
Universiti Kebangsaan
   
Universiti Sains Malaysia
 
Universiti Teknologi Malaysia
  Universiti Putra Malaysia
Universiti Islam
   
Universiti Multimedia

Waktu Solat Hari Ini


 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kisah Seekor Anak Ikan

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibukatakan....Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaan yang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.""Alam apa itu ibu?""Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahumereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan."Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak,sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecurdan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu...Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu...Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....",terlintas nafsu yang datang menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat...setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalam dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.--->>> kesian ikan itu..

 





NILAI KASIH IBU

Nilai Kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan si anak lalu membacanya.


KOS UPAH MEMBANTU IBU :
Tolong pergi kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong buang sampah RM 1.00
Tolong kemas bilik RM 2.00
Tolong siram bunga RM 3.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah : RM 17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar – legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkan selama 9 bulan – PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,” saya sayangkan ibu….”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘ Telah dibayar’ pada muka surat yg ditulisnya.
Diriwayatkan : seorg telah bertemu Rasulullah s.a.w bertanya ,” Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?”
Rasulullah menjawab,” ibumu (dan diulang sebanyak 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara – saudara terdekatmu.

 


 


             





Laman Web ini diselenggarakan di Unit ICT Makmal Bestari sk-sungaidua.edu.my     

Sebarang pertanyaan berhubung sk-sungaidua.edu.my sila hubungi nizammuhamad@hotmail.com atau telefon
06-4349876

 


 
Terkini & Sensasi

Terima kasih kepada Guru Besar En.Sahabudin B.Ibrahim atas pelancaran laman web sk-sungaidua.edu.my yang baru.
-----------------------------
Penutupan Bengkel Peningkatan UPSR yang akan diadakan di SK SUNGAI JERNEH yang mana ia melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK.Rokan, SK.Sungai Jerneh dan SK.Sungai Dua dan SK.Gedok
Masa : Jam 8.00 Pagi
Tarikh : 30/7/2005
Perasmian : Adun Gemencheh

Harap Maklum.
-----------------------

Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Aziz kerana telah menaja laman web ini.Kami juga mengucapkan terima kasih juga kerana telah menaja program motivasi yang dijalankan di sebuah hotel terkenal di Melaka.Terima kasih banyak.
--------------------------
TAKUT DIBULI ?
- Jangan Takut. Jangan Gentar. Jangan Lari.

Hubungi Kami :
Talian Hotline : 06-4348797
SMS : 019-6522360 atau 06-4349687
E-mail : adudisiplin@hem.sksd..my
TalianFaks : 06-4348797

---------------------

Terdapat Sebarang Masalah Harap Maaf
Sekian, Harap Maklum
.





Nilai RM 20.00
Nilai Wang RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianak itu bertanya kepada ayahnya….
“ Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat ?”
“ 20 ringgit sejam….kenapa nak tahu?” Jerkah si ayah
“ Oh…..20 ringgit ….” Amin menundukkan mukanya.
“ Ayah…boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?”
Si ayah mula menjadi berang dan berkata,” Oh, itu ke sebabnya kamu Tanya fasal pendapatan ayah ? kamu nak buat apa dengan duit tu? Minta sampai 10 ringgit ? Nak beli mainan lagi ???? Ayah penat – penat kerja cari duit, kamu senang – senang nak bazirkan ya. Sudah, pergi masuk bilik….tidur!!! Dah pukul berapa ni….!!!

Si anak itu terdiam dan perlahan – lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira – kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar – benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ni.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.
Di dapati anaknya masih belum tidur.
“ Kamu benar – benar perlukan 10 ringgit ?” Nah….ambil ni. “ Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah. Kanak – kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “ Terima kasih banyaklah ayah!”
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah ronyok terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “ Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?” Dari mana kamu dapat duit tu?” Amin tunduk tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..” Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari – hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit….”

“ Tak cukup duit nak beli apa ?” jerkah ayahnya lagi.

“ Ayah….sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah….ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal sejam esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah….” Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya……
jangan biarkan masa yang berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama mereka yang rapat dengan kita….yang sentiasa bertakhta di hati kita
 

Jumlah Pelawat Adalah
Mula Pelawat


Kesalahan Mendidik Anak !!!  

"Ibu bapa hari ini ternyata mempunyai masa yang sangat terhad dengan anak-anak.Tuntutan kerjaya demi menghasilkan kehidupan yang selesa membuatkan ada ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik dan membesarkan anak-anak di tangan orang lain.Bagi yang mempunyai sedikit masa pula, didikan berbentuk ala kadar diberikan sebagai mencukupkan syarat.Perkara ini harus dihentikan Banyak kesalahan yang ibu bapa lakukan di dalam mendidik anak namun mereka tidak menyedarinya.Cuba semak perkara berikut dan perbaikilah cara didikan anda ...

                                                        seterusnya....
                                                                                     

                  PEMAKANAN MINDA

" Malas Belajar dan Tercicir.Anak-anak perlu dibantu dengan Pemakanan yang sesuai dan Berkesan"

KLIK DISINI ...


SILA HUBUNGI  013- 6278813
 
 
Pautan Pertubuhan NGO
Angkatan Belia Islam
   
Persatuan Ulama Malaysia
   
Aliran Malaysia
   
Suaram
   
Persatuan Pengguna
Majlis Peguam Malaysia
 
Persatuan Alam Sekitar
 
Kesatuan Perguruan Malaysia

Pautan Jabatan Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
   
Jabatan Pendidikan N.Sembilan
   
Jabatan Alam Sekitar
   
Jabatan Pengangkutan Jalan
   
Jabatan Hasil Dalam Negeri
Kementerian Perumahan
   

Jabatan KajiCuaca